KUALA LUMPUR – Pelabur asing menjual sebanyak RM466.42 juta ekuiti tempatan pada minggu lalu.
MIDF Research berkata, ketika pasaran dibuka Isnin lalu, pelabur asing membeli sebanyak RM2.62 juta ekuiti.
Pelabur runcit pula menjadi pembeli bersih sebanyak RM66.55 juta tetapiĀ institusi tempatan menjual sebanyak RM69.17 juta.
Firma penyelidikan ini berkata, pengumuman penerimaan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mencetuskan kemasukan pelabur asing secara besar-besaran.
Sebaliknya, pelabur asing menjadi penjual bersih setiap hari kecuali Isnin sepanjang minggu lalu menyaksikan aliran masuk tidak mencukupi untuk membalikkan momentum negatif.
Dalam laporan aliran dana mingguannya, MIDF Research berkata, aliran keluar terbesar pelabur asing terbesar direkodkan pada hari Khamis iaitu sebanyak RM189.58 juta dan aliran keluar terkecil berterusan pada hari Selasa iaitu RM16.37 juta.
Namun, sebaliknya berlaku kepada pelabur runcit yang menjadi pembeli bersih setiap hari.
Menurutnya, pembelian bersih terbesar direkodkan pada hari Khamis kepada RM199.84 juta dan pembelian bersih terkecil dicatatkan pada hari Isnin sebanyak RM66.55 juta.
Sementara itu, pelabur institusi tempatan adalah penjual bersih setiap hari dalam seminggu, kecuali pada hari Rabu.
Pengakhiran campuran dicatatkan selepas dua minggu corak penjualan bersih tahun ini.
Secara kumulatif, aliran keluar mingguan adalah sebanyak RM232.64 juta yang mana aliran keluar terbesar adalah pada hari Selasa lalu dan aliran keluar terkecil pada hari Khamis sebanyak RM10.26 juta.
MIDF Research berkata, sejak awal tahun ini, secara kumulatifnya, pelabur runcit merupakan satu-satunya pembeli bersih dalam ekuiti pasaran dengan jumlah RM2.81 bilion.
Manakala institusi tempatan dan pelabur asing pula adalah penjual bersih masing-masing kepada RM1.58 bilion dan RM1.22 bilion.
Sebagai perbandingan kepada tiga pasaran Asia Tenggara, semua pasaran menyaksikan aliran keluar minggu lalu.
Dari segi penyertaan pula, pelabur runcit, pelabur asing dan institusi tempatan mencatatkan kenaikan mingguan masing-masing kepada + 64.75%, + 49.04% dan + 48.20% dalam nilai dagangan purata harian (ADTV). – MalaysiaGazette