LONDON – Tottenham Hotspurs boleh menyelesaikan masalahnya sendiri dan ia bukan krisis, kata Pengurusnya, Jose Mourinho selepas pasukannya tewas 1-2 kepada West Ham United awal pagi tadi.
United dikejutkan dengan gol awal Michail Antonio, hanya selepas lima minit permainan bermula.
Bekas pemain United, Jesse Lingard menjadi wira West Ham apabila meledakkan gol kedua selepas dua minit permainan disambung semula.
Gol tunggal Spurs diperolehi pada minit ke-64 menerusi Lucas Moura.
Keputusan itu menyaksikan Tottenham menghuni tangga kesembilan liga, sembilan mata di belakang West Ham yang menduduki tempat keempat.
“Saya tidak akan kata kita berdepan krisis, tapi kita telah kehilangan banyak mata penting,” kata Mourinho.
Media di London melaporkan Mourinho berdepan dengan pemecatan dan penyokong mula mengkritik cara pengurusannya.
“Saya rasa masalah ini dihadapi sejak dahulu lagi, sebelum saya mengambil alih.
“Kita ada masalah dalam kelab yang saya sendiri tidak boleh mencari penyelesaian muktamad,” ujar Mourinho. -MalaysiaGazette