MELBOURNE – Novak Jokovic menyifatkan menjulang gelaran kesembilan Terbuka Australia Ahad lalu merupakan satu detik penuh beremosi dalam kariernya.
Menurut pemain nombor satu dunia itu, ia merupakan gelaran Grand Slam ke-18 dalam karier tenisnya.
Bintang dunia itu meneruskan dominasinya di Melbourne Park dengan kemenangan 7-5 6-2 6-2 menewaskan Daniil Medvedev.
Bintang Serbia itu menang gelaran tersebut walaupun dilanda kecederaan abdomen dalam pusingan ketiga yang telah menjejaskan sesi latihannya sepanjang kejohanan tersebut.
“Secara ikhlas dan emosi, ia merupakan kejohanan yang paling sukar yang pernah saya lalui dalam kehidupan setakat ini. Ia sangat mencabar walaupun dilanda kecederaan tetapi saya terus kental dan fokus dalam setiap pusingan.
“Segala pengorbanan saya membuahkan hasil dengan gelaran kesembilan selaku juara bertahan musim lalu,” katanya.
Kemenangan itu membezakan Djokovic dengan dua lagi gelaran menyamai pencapaian Rafael Nadal dan Roger Federer.
Sebelum bersara dia berazam untuk mengumpul lebih banyak koleksi grand slam dalam dunia tenis.
“Roger dan Rafa menjadi inspirasi saya, selagi mereka berada dalam dunia tenis saya akan mengikuti mereka dan merangkul lebih banyak gelaran,” tegasnya. – MalaysiaGazette