Home Nasional Balai Polis Ampang tutup, 11 anggota polis disahkan Covid-19

Balai Polis Ampang tutup, 11 anggota polis disahkan Covid-19

Ampang Police Station Covid-19 positive

KUALA LUMPUR – Balai Polis Ampang ditutup sementara kepada orang ramai selepas 11 orang anggotanya disahkan positif Covid-19.

Penutupan itu dibuat mulai hari ini hingga 1 Mac, menurut borang utusan polis yang ditandatangani Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Mohd Azam Ismail.

Susulan penutupan itu, segala urusan laporan polis dan permohonan rentas daerah atau negeri boleh dilakukan di balai polis lain. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts