Home Nasional Covid-19: 14 kes kematian, Selangor catat rekod tertinggi

Covid-19: 14 kes kematian, Selangor catat rekod tertinggi

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 14 kes kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

Sembilan daripadanya melibatkan lelaki dan selebihnya wanita dan hanya seorang daripadanya warga asing berusia 50 tahun.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 10 kematian direkodkan di Selangor membabitkan mangsa berusia antara 37 hingga 77 tahun manakala dua kematian Sarawak disusuli masing-masing satu di Johor dan Sabah.

Kesemua kematian di Selangor mengikut pecahan hospital adalah masing-masing empat kes di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh dan masing-masing satu kes di Hospital Selayang dan Hospital Ampang.

Lelaki berusia 30 tahun yang berasal di Johor berpenyakit kronik tuberkulosis adalah mangsa paling muda yang meninggal dunia akibat Covid-19 dan mangsa paling tua adalah berumur 77 tahun dari Selangor.

Tujuh daripada 14 mangsa kematian itu membabitkan warga emas antara 68 hingga 77 tahun.- MalaysiaGazette