BENGALURU – Dua orang maut, manakala 26 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kilang agrokimia milik United Phosphorus Limited (UPL) di negeri barat Gujarat, India.
Lima lagi pekerja didakwa masih hilang, kata syarikat itu.
Seramai 21 orang pekerja pula menerima rawatan di hospital.
Kebakaran itu dipercayai berlaku pada jam 2 pagi.
Meskipun punca kebakaran belum disahkan tetapi ia mungkin berlaku akibat litar pintas.
UPL telah melantik pasukan dalaman untuk menyiasat punca kebakaran. – MalaysiaGazette