KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani kini hamil anak ketiga.
Bagaimanapun, ahli kumpulan trio KRU itu tidak mendedahkan berapa bulan kandungan isterinya.
Semalam, Yusry memuat naik gambarnya bersama Lisa sempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, ramai pengikut mempersoalkan bentuk badan Lisa kelihatan seperti berbadan dua.
“Assalamualaikum. BismillahiMasyaAllah. Selepas upload gmbr sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung. Pd hari ini , ada reporter mintk pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dgn fikiran, mungkin kali ini, “tak perlu untuk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”.
“Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat. Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka, moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.
“Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah SWT melindungi kita semua.
“Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua,” tulis di Instagram miliknya. – MalaysiaGazette