MALUKU – Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter telah melanda utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.25 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 138 kilometer (km) selatan dari Kepulauan Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.
“Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette