KUALA LUMPUR – Murid murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah secara berperingkat mulai 1 Mac ini.
Bagaimanapun, murid-murid yang belum mempunyai pakaian seragam, mereka dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan.
Kementerian Pendidikan berkata, kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021.
”KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka,” katanya yang menerima banyak pertanyaan ibu bapa berhubung peraturan pakaian seragam sekolah.
Tambahnya, KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik. – MalaysiaGazette