Home Utama Tak sakit pun, macam suntikan biasa – PM

Tak sakit pun, macam suntikan biasa – PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan playcard ÔSaya Telah DivaksinÕ selepas menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech Covid-19 di Pejabat Kesihatan Putrajaya Presint 11, Putrjaya. Foto AFFAN FAUZI, 24 FEBRUARI 2021.

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech Covid-19, sekaligus menandakan bermulanya Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Ditanya pengalaman menjadi individu pertama di Malaysia menerima suntikan tersebut, Perdana Menteri berkata: “Tak rasa sakit apa pun. Macam suntikan biasa.”

Beliau berkata demikian kepada para wartawan yang menunggu di perkarangan Pusat Kesihatan Daerah(PKD) di Presint 11, Putrajaya.

Proses menyuntik vaksin untuk Perdana Menteri disempurnakan oleh Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya iaitu Lina Ibrahim tepat jam 2.43 petang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan Kad Imunisasi Covid-19 dan MySejahtera selepas disuntik vaksin Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya. Foto FAREEZ FADZIL, 24 FEBRUARI 2021.

Di PKD Putrajaya itu juga Muhyiddin melancarkan melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Pendaftaran Vaksin melalui aplikasi MySejahtera untuk orang ramai mendaftar bagi menerima vaksin yang dibuka bermula hari ini.

Sementara itu, individu kedua menerima suntikan ialah pemandu PKD Putrajaya, Clement a/l Marai Francis diikuti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham tepat jam 2.52 petang.

Seorang lagi petugas kesihatan iaitu jururawat Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya, Sheilla Mellissa Sikin turut menerima suntikan. – MalaysiaGazette