Home Seni Hidup Jakel bantu golongan terjejas Covid-19 guna kaedah pandu lalu

Jakel bantu golongan terjejas Covid-19 guna kaedah pandu lalu

Pengarah Pemasaran Jakel Kuala Lumpur, Azlan Abu Bakar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar Sek Keb Danau Kota 2, Norma Abdullah pada Program CSR Jakel Bersamamu 300 Asnaf di Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2, Setapak, KL. Foto AFFAN FAUZI, 25 FEBRUARI 2021.

SETAPAK – Syarikat tekstil, Jakel telah menyalurkan bantuan makanan kepada 300 keluarga asnaf di sekitar Kuala Lumpur dengan menggunakan konsep pandu lalu.

Pengarah Pemasaran Jakel Kuala Lumpur, Azlan Abu Bakar berkata, konsep pandu lalu itu dilakukan bagi mengurangkan jangkitan wabak covid-19.

“Kami menggunakan konsep pandu lalu ini jika melibatkan kawasan yang kecil, bahkan kaedah ini juga memudahkan  penerima bantuan.

“Program Tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel Bersamamu yang dijalankan di Sekolah kebangsaan (SK) Danau Kota 2 ini melibatkan sebanyak 10 buah sekolah, di mana wakil bantuan iaitu para guru akan mengambil bantuan untuk dihulurkan kepada keluarga asnaf,” katanya ketika ditemui hari ini.

Pekerja Jakel memasukkan barangan kering kepada kenderaan wakil penerima pada Program CSR Jakel Bersamamu 300 Asnaf di Sekolah Kebangsaan Danau kota 2, Setapak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 FEBRUARI 2021.

Menurut Azlan, subangan yang diberikan itu merupakan bahan makanan antaranya minyak masak, gula, tepung, serbuk teh dan beras.

“Sumbangan yang diberikan merupakan kerjasama antara syarikat Empayar Projek (Empayar).

“Diharapkan dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga asnaf yang telah terkesan akibat covid-19,” ujarnya.

Sementara itu, Pengasas Persatuan Empayar Kebajikan, Mohd Ashraff Khan Md Najib berkata, program itu akan diteruskan dijadikan acara tahunan.

“Selain program ini, terdapat lagi bantuan bentuk lain yang kami lakukan bagi mengurangkan beban masyarakat yang tidak berkemampuan.

Pekerja Jakel mengangkat barangan kering untuk disumbangkan kepada penerima pada Program CSR Jakel Bersamamu 300 Asnaf di Sekolah Kebangsaan Danau kota 2, Setapak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 FEBRUARI 2021.

“Antaranya, program ‘gerobok rezeki’, di mana ia merupakan salah satu bentuk bantuan kepada pelajar-pelajar untuk menerima bantuan daripada pihak sekolah tanpa ada sebarang birokrasi atau syarat-syarat yang ketat.

“Pelajar yang datang sekolah dan hendak menerima bantuan boleh mengambilnya dengan kadar segera di tempat khas yang kami telah sediakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Azlan berkata pihaknya bukan sahaja menyalurkan bantuan kepada golongan yang terkesan, malah mereka juga melaksanakan program baharu sempena hari raya pada tahun ini.

Pekerja Jakel mengangkat barangan kering untuk disumbangkan kepada penerima pada Program CSR Jakel Bersamamu 300 Asnaf di Sekolah Kebangsaan Danau kota 2, Setapak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 FEBRUARI 2021.

“Bagi sesiapa yang ingin membuat persiapan hari raya, Jakel akan membuat promosi cash back sehingga akhir bulan puasa akan datang ini.

“Iaitu, jika pembeli membeli barangan Jakel mereka akan mendapat pulangan sebanyak 10% daripada pembelian.

“Ini dilakukan adalah untuk meringakan beban masyarakat ketika menyambut hari raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi,” tegasnya. – MalaysiaGazette