KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik sebanyak 5 sen seliter kepada RM2.35 dan RM2.05.
Manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Harga itu bagi tempoh 27 Februari 2021 sehingga 3 Mac 2021, kata Kementerian Kewangan.
Menurutnya, kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang telah ditetapkan.
Langkah ini bertujuan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
”Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kementerian itu. – MalaysiaGazette