Home Nasional KPT wujudkan jawatankuasa khas tangani masalah sosial mahasiswa

KPT wujudkan jawatankuasa khas tangani masalah sosial mahasiswa

KPT
Para pelajar Malaysia yang terjejas teruk akibat banjir di Queensland, Australia sejak beberapa hari lepas, berada dalam keadaan selamat dan telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi meneliti dan menangani masalah sosial dalam kalangan mahasiswa.

KPT dalam kenyataan berkata, jawatankuasa khas itu dipengerusikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mansor Othman dengan keanggotaan merentasi beberapa kementerian dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk wakil pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Wakil kementerian dilantik bagi menganggotai jawatankuasa itu terdiri daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Manakala wakil pelajar pula ialah Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri; Yang Dipertua Universiti Kuala Lumpur, Ali Hanifah Amran dan Naib Presiden III Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman.

KPT berharap jawatankuasa dan jalinan kerjasama antara agensi itu dapat meningkatkan perkembangan sahsiah serta menangani permasalahan sosial mahasiswa secara holistik. – MalaysiaGazette