KUALA LUMPUR – Penjelasan Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa membuktikan surat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada Ahli-Ahli Parlimen tidak silap.
Malah, kenyataan oleh baginda itu sekali gus menolak tuduhan Tan Sri Annuar Musa bahawa permohonan untuk Yang di-Pertuan Agong perkenaan sidang khas Parlimen dianggap menderhaka, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.
Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong Agong juga menjelaskan adalah tidak tepat tanggapan pihak tertentu kononnya proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang.
Bahkan kenyataan media Istana Negara itu menjelaskan, perkenan Yang di-Pertuan Agong kepada nasihat perdana menteri berkenaan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 semata-mata sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 yang meragut lebih 1,000 nyawa, katanya lagi.
Artikel berkaitan: Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat – YDPA
Justeru, beliau berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak segera memberikan tarikh untuk diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai mana termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu) 2021.
Sebelum ini, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menempelak tindakan Ahmad yang menghantar surat kepada 41 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional untuk menggesa sidang Parlimen diadakan.
Menurut Annuar, tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.
Annuar berkata, tindakan Ahli Parlimen Pontian itu juga tidak pernah dibincang atau diputuskan parti.
Malah surat berkenaan didakwa bercanggah dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, lantaran itu beliau meminta surat tersebut ditarik balik. – MalaysiaGazette
Puad ni ABU… yang atas sikit tu ARANG… Ada yang tertinggi dalam “AMNO” tu KAYU… rata-rata Ketua Bahagian yang KALAH dan TIDAK TERCALON adalah BATU API berotak BODOH
PRU15 puak-puak dan golongan mereka ni KALAH, berpusu-pusulah ke MAHKAMAH kerana KES-KES duit HARAM serta RASUAH..
P/S #JAGAJARAKsemasaBERBARISdIMAHKAMAH
Kah kah kah…padan muka ko Nuar Musa..bila nak isi borang Bersatu?
Perkara blh bw bincang nk kecoh buat apa..cm bdk2 tadika lah
Tolong jgn jadi bodoh dan batu api, apa yang YDA kata adalah baru di keluarkan, sebelum ini YDA tidak mengeluarkan apa apa kenyataan dan dianggap derhaka jika menuntut parliment bersidang dalam keadaan tidak selamat. Tetapi YDA melihat kepada keadaan semasa dalam penurunan kes.
Tolong jgn jadi bodoh dan batu api, apa yang YDA kata adalah baru di keluarkan, sebelum ini YDA tidak mengeluarkan apa apa kenyataan dan dianggap derhaka jika menuntut parliment bersidang dalam keadaan tidak selamat. Tetapi YDA melihat kepada keadaan semasa dalam penurunan kes.