Home Nasional Bas bawa pesakit ke MAEPS terbabas sendiri, pemandu positif Covid-19

Bas bawa pesakit ke MAEPS terbabas sendiri, pemandu positif Covid-19

Bask ekpres yang membawa 40 pesakit Covid-19 KLuster dari Teluk Intan Perak terbabas akibat hilang kawalan dan merempuh Tol UPM dalam kejadian 2 petang hari ini.Ihsan PDRM

SERDANG – Kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan 40 penumpang pesakit Covid-19 yang telah merempuh plaza tol UPM Serdang petang tadi disebabkan hilang kawalan semasa mendekati plaza tol tersebut.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, bas berkenaan telah terbabas sendiri dan merempuh lorong Touch n Go.

“Bas ekspres itu membawa pesakit Covid-19 dari Kluster Changkat Jong ke MAEPS dengan lapan lagi bas yang lain secara serentak dengan muatan 40 orang dalam setiap bas tersebut.

Bask ekpres yang membawa 40 pesakit Covid-19 KLuster dari Teluk Intan Perak terbabas akibat hilang kawalan dan merempuh Tol UPM dalam kejadian 2 petang hari ini.Ihsan PDRM

“Siasatan mendapati kemalangan ini berlaku pada jam lebih kurang 2 petang yang mana selepas bas berkenaan sampai di tempat kejadian, ia tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke plaza tol UPM di lorong Touch’nGo,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya semasa kemalangan itu, bas berkenaan sedang memasuki susu rdari Lebuh Raya Utara Selatan ke plaza Tol UPM.

Siasatan lanjut mendapati seramai lapan penumpang dalam bas itu mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

“Pemandu bas berkenaan berusia 41 tahun dan berasal dari batu 6, Jakan Maharajalela, Teluk Intan mengalami luka kecil di kaki dan sedang menerima rawatan.

“Pemandu bas berkenaan didapati positif Covid-19 setelah ujian calitan atau swab test dilakukan ke atasnya oleh hospital Serdang dan ujian air kencing juga disahkan negatif.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya.

Bas yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami kerosakan pecah cermin hadapan, bumper, pintu bahagian pemandu dan kerosakan lain yang masih belum dipastikan oleh polis. – MalaysiaGazette