KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan memberi gambaran akan ada lagi wakil rakyat bakal menyertai Perikatan Nasional.
Dalam ciapan di laman Twitter, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas berkata: “Akhir Februari 2020 PH tumbang, ulangtahun pertama ramai lagi akan sertai PN… welcome to PN YB. Tebrau and YB. Julau.
“Together we serve the people and the nation in this difficult and unprecedented time” katanya.
Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dua Ahli Parlimen PKR iaitu Steven Choong mewakili Tebrau, Johor dan Larry Sng (Julau Sarawak) menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.
Akuan bersumpah itu ditandatangani dan diserahkan kepada Muhyiddin selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya. – MalaysiaGazette