Home Ekonomi ANZ kurangkan nilai kepentingannya selepas AMMB bayar RM2.83 bilion

ANZ kurangkan nilai kepentingannya selepas AMMB bayar RM2.83 bilion

Foto Reuters

SYDNEY – Australia dan New Zealand Banking Group (ANZ) akan menurunkan nilai kepentingannya dalam AMMB Holdings Berhad (AmBank) selepas bank itu bersetuju dengan penyelesaian global bernilai RM2.83 bilion.

Ia melibatkan semua tuntutan dan tindakan tertunggak berkaitan dengan penglibatan Kumpulan AmBank dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pemberi pinjaman keempat terbesar di Australia itu akan mengurangkan sebanyak A$ 212 juta (AS$ 163.41 juta) dalam nilai sahamnya 24% di AmBank yang akan menurunkan hasil perolehan setengah tahun untuk fiskal 2021, katanya dalam satu kenyataan kepada bursa tersebut.

Dengan langkah terbaharu ini, pendapatan separuh pertama ANZ, yang akan dikeluarkan pada bulan Mei akan merosot, tetapi tidak akan mempengaruhi kedudukan modal keseluruhannya kerana ia sudah memiliki 100% modal berbanding kepentingan AmBank, kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.

ANZ berkata, nilai kepentingannya dalam AMMB susut kepada A$850 juta daripada A$1.05 bilion. – MalaysiaGazette

1MDB: AMMB Holdings buat penyelesaian RM2.83 bilion