Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kini memainkan peranan besar dalam memastikan industri padi negara dapat berkembang sekaligus memenuhi permintaan.
Malah, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu bertangungjawab dalam memastikan benih beras padi sah yang diterima pesawah berkualiti, harga terkawal serta bekalan benih padi yang mencukupi di dalam pasaran.