Home Nasional Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang

IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Taman Harmoni, Buntong di sini yang dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh malam ini, remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nur Affizah Arsad di talian  010-8792531 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05- 2451500. – MalaysiaGazette