Home Politik Keputusan UMNO putus kerjasama dengan Bersatu dibincang petang ini – Hamzah

Keputusan UMNO putus kerjasama dengan Bersatu dibincang petang ini – Hamzah

Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memutuskan pendiriannya berhubung keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk tidak bekerjasama dengannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 pada petang ini.

Keputusan itu kemudian akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional yang lain iaitu Pas, STAR, SAPP dan Gerakan, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut beliau, ketetapan itu dibuat oleh Bersatu selepas mengadakan mesyuarat Biro Politik yang dipengerusikan oleh presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata beliau, Muhyiddin telah membincangkan berkaitan surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari 2021 kepada Presiden Bersatu berhubung keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 19 Februari 2021 di Janda Baik, Pahang.

Majlis Tinggi UMNO telah mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15; dan kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen. – MalaysiaGazette