Home Politik PH pohon ihsan Agong guna kuasa panggil sidang Parlimen

PH pohon ihsan Agong guna kuasa panggil sidang Parlimen

Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) berharap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menggunakan kuasa yang ada untuk memanggil sidang Parlimen.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, YDPA boleh berbuat demikian dengan kuasa wewenang yang ada dalam Perlembagaan.

“Lantaran itu, demi menegakkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan membolehkan Parlimen memainkan peranan yang wajar bagi memastikan semak dan imbang, kami dengan penuh tawaduk memohon ihsan dan kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Agong untuk menggunakan wewenang Duli Tuanku.

“Justeru, selaras dengan kuasa wewenang Duli Tuanku di bawah Seksyen 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dibaca bersama Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan, kami dengan rendah diri dan seikhlasnya merayu kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Agong; sekiranya diperkenankan, untuk menitah Sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anwar yang juga Presiden PKR, kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) , Datuk Takiyuddin Hassan yang jemaah Menteri menasihatkan YDPA supaya tidak diadakan sidang Parlimen semasa tempoh darurat adalah amat menghampakan kerana bertentangan dengan pandangan dan titah Seri Paduka.

Menurutnya, sidang Parlimen perlu bagi membincangkan Pengisytiharan Darurat serta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bagi memastikan prinsip hak asasi manusia, kebebasan masyarakat madani, ketulusan dan kedaulatan undang-undang dapat dipelihara.

Selain itu, keberkesanan langkah-langkah untuk membendung penularan wabak Covid-19 demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat termasuk jadual imunisasi vaksin kepada rakyat dan keberkesanan pelaksanaan Belanjawan 2021 demi memastikan kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tidak ada sidang Parlimen dalam tempoh darurat – Takiyuddin

5 Komen

  1. Parlimen sekian lama semak dan imbang masalah DEB 30% ekonomi untuk majoriti pribumi Melayu supaya diubahsuai jadi majority ekonomi untuk majoriti pribumi Melayu dan minoriti ekonomi untuk minoriti bukan pribumi pun gagal, inikan pula nak semak dan imbang masalah pandemic.

  2. masa PHancing jadi kerajaan tak mau masuk dewan pasai sejuk aircond dan kerap ponteng.Awat duit claim dah tak ada ke?
    Dasar pelingkup duit Rakyat …Kami haramkan duit kami hampa guna utk isi perut yang buat2

  3. Parliament sekarng bukan semak dan imbang tetapi banyak yang hentam je. Langsung tak membina.

  4. Tunggulah selepas Raya Puasa Aidilfitri dulu baru masuk balik Parlimen, sudah lah tahun lepas tak dapat beraya, tak akan tahun ini tak dapat raya lagi. Kerana korong ahli parlimen covid bertambah raya pun tiada. Maklumlah YB bukan suka sangat nak patuh SOP.

Comments are closed.