Home Ekonomi Niaga hadapan KLCI dijangka uji semula paras 1,600

Niaga hadapan KLCI dijangka uji semula paras 1,600

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan tinggi minggu depan seiring dengan jangkaan prestasi bertambah baik di pasaran tunai pendasar, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pasaran dijangka mencatatkan lantunan semula berikutan faktor-faktor luaran yang kukuh seperti harga minyak mentah tinggi dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.

Bagi asas mingguan, bulan kontrak semerta baharu Mac 2021 meningkat 29 mata kepada 1,595.0, bulan kontrak baharu April 2021 berada pada 1,584.0, Jun 2021 menambah 22 mata kepada 1,580.0, dan  September 2021 menokok 19 mata kepada 1,568.5.

Jumlah dagangan susut kepada 46,135 lot minggu ini daripada 21,884 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 45,9854 kontrak daripada 56,198 kontrak sebelumnya.

FBM KLCI naik 22.37 mata untuk ditutup kepada 1600.12 pada Jumaat daripada 1,577.75 pada Jumaat minggu sebelumnya. – MalaysiaGazette