Home Pendapat Pas lebih sayangkan Bersatu dari UMNO?

Pas lebih sayangkan Bersatu dari UMNO?

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memakaikan jaket " Penyatuan Ummah" kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Pelancaran Muafakat Nasional Peringkat Negeri Selangor di KKC D Laman Cinta, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 NOVEMBER 2019

PERTELINGKAHAN dan pergeseran di antara parti Bersatu dan UMNO ibarat retak menanti belah selepas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan surat  yang menyatakan bahawa UMNO tidak akan  bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15 kelak.

Pas dilihat lebih mesra ke arah Perikatan Nasional bersama Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin berbanding Muafakat Nasional yang dibina bersama UMNO pada 2019 yang lalu.

Kesetiaan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh Pas kepada PN lebih kepada tanda terima kasih kepada Muhyiddin setelah melantik beberapa Ahli Parlimen Pas untuk menyertai kabinet kerajaan sama ada menjadi menteri, timbalan menteri atau Duta khas bertaraf menteri.

Mengikut tinjauan yang dibuat oleh IDE pada 19 Februari yang lalu, kebanyakan penyokong Pas (74 peratus) bersetuju untuk menyokong Muhyiddin untuk memegang jawatan perdana menteri sehingga habis penggal berbanding penyokong UMNO (72 peratus) yang mahukan Pilihanraya diadakan segera.

Pas juga dilihat bermain dua kolam dalam menyatakan sokongan dengan menggunakan alasan perpaduan melayu dan islam. Natijahnya, Pas lebih sayangkan Bersatu dan Perikatan Nasional kerana mereka mampu memenuhi kehendak dan cita rasa Pas berbanding UMNO yang tidak mempunyai sebarang kuasa.

Slogan perpaduan Melayu danIislam yang dilaungkan oleh pemimpin Pas hanyalah retorik semata-mata untuk menarik sokongan pengundi Melayu dan Islam serta menjaga kedudukan dan kuasa mereka dalam kerajaan.

Apa kesudahan Muafakat Nasional yang dibina oleh Pas dan UMNO? Adakah kerjasama parti Melayu dan Islam ini terhenti setelah Pas mendapat kuasa dalam kerajaan Perikatan Nasional? Adakah Islam berjaya dimartabatkan setelah Pas memegang kuasa sekarang?

Apa terjadi dengan RUU355? Pembelaan arwah Adib? Masalah judi,arak dan pemandu mabuk? Sehingga sekarang, Pas masih gagal melaksanakan apa yang dijanjikan.

Muhammad Azha Salahudin
Aktivis NGO.