Home Ekonomi Petunjuk bercampur-campur dijangka beri tekanan kepada prestasi ringgit

Petunjuk bercampur-campur dijangka beri tekanan kepada prestasi ringgit

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Prestasi ringgit pada minggu depan dijangka ditentukan oleh harga minyak serta pergerakan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Ahli Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata, senarai gaji bukan ladang AS yang diumumkan pada lewat Jumaat akan mempengaruhi dolar AS, dengan dolar yang lemah akan memberi impak negatif kepada hasil Perbendaharaan AS, manakala angka yang tinggi akan merumitkan usaha Presiden AS Joe Bidden untuk melaksanakan pakej rangsangan ekonominya yang bernilai US$1.9 trilion.

“Oleh kerana hasil Perbendaharaan AS adalah faktor yang lebih besar berbanding kenaikan harga minyak, saya fikir kita perlu lebih berhati-hati minggu depan. Jadi, saya mengunjurkan ringgit berada pada paras 4.06 dan 4.08 minggu depan,” katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit terus turun berbanding dolar AS kepada 4.0720/0760 berbanding 4.0450/0443 pada penutup minggu sebelumnya.

Unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0359/0395 daripada 3.0443/0490 pada minggu sebelumnya, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7544/7584 daripada 3.7985/8035.

Unit tempatan juga menokok berbanding pound Britain kepada 5.6267/6338 daripada 5.6395/6473 dan naik berbanding euro kepada 4.8563/8627 daripada 4.9054/9127. – MAlaysiaGazette