MGNews : 2.8 Juta Pekerja Berjaya Diselamatkan – Tengku Zafrul

Kerajaan berjaya menyelamatkan 2.8 juta pekerjaan dengan memberi manfaat kepada lebih 320,000 majikan sejak memperkenalkan pakej rangsangan pada tahun lalu.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia menerusi pengenalan Program Subsidi Upah dengan menyalurkan sebanyak RM13.4 bilion dalam membantu syarikat mengekalkan pekerja dan kapasiti organisasi mereka.