MGNews : Beri Insentif Galak Parti Politik Capai 30% Kouta Wanita – Azhar Azizan Harun

Kerajaan digesa mempertimbangkan cadangan untuk memberikan insentif kewangan kepada mana-mana parti politik yang mengangkat calon wanita dalam pilihan akan datang.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ia sebagai galakan kepada parti politik untuk memastikan kouta 30 peratus untuk wanita dalam Parlimen dapat dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).