Home Nasional Pahang Women’s Center transit lindungi kaum wanita

Pahang Women’s Center transit lindungi kaum wanita

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memotong riben di Majlis Pra Perasmian Pahang Women's Centre disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Salehuddin Ishan Dan Exco Pahang, Datuk Hajah Shahaniza Shamsuddin.

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang mewujudkan Pahang Women’s Centre sebagai pusat menangani krisis wanita sementara mendapatkan pengadilan ke saluran yang tepat di samping menjalankan pelbagai aktiviti.

Sempena sambutan hari wanita 8 Mac, sebuah banglo dua setengah tingkat diserahkan kepada Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) bagi dijadikan penempatan transit perlindungan dan program pembangunan wanita.

Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Pahang Women’s Centre bernilai pasaran RM1.2 juta milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) diserahkan kepada Kerajaan Negeri,  sebelum diserahkan kepada MPWP untuk diuruskan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bercakap dengan media di Majlis Pra Perasmian Pahang Women’s Centre.

“Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang komited membantu wanita dari segi masalah isu keganasan rumah tangga, penderaan mental dan fizikal, terkandas dalam perjalanan dan hilang tempat berlindung.

“Selain itu, khidmat nasihat dan kaunseling disediakan kepada wanita bagi menangani tekanan perasaan, memberi sokongan moral dan nasihat bimbingan dalam mengenal pasti masalah serta memberi tunjuk ajar memilih jalan penyelesaian,” katanya dalam sidang media hari ini.

Rumah yang selesa dan moden mempunyai empat bilik dijadikan bilik penginapan dan bilik kaunseling turut menyediakan ruang tamu ini menelan kos kerja-kerja baik-pulih  RM120,000.

Orang ramai boleh membuat aduan dan laporan ke Pusat Aduan Wanita di UTC Pahang atau hubungi 09-5124039 untuk maklumat lanjut .

Hadir sama  Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr. Salehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa  Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.- MalaysiaGazette