PERSATUAN Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa Kerajaan Malaysia
memberi peluang kepada hospital atau klinik swasta yang diiktiraf oleh KKM
melaksanakan program imunisasi nasional bersama-sama pihak KKM.
Dengan membenarkan hospital swasta melaksanakan program imunisasi ini dapat
mempercepatkan lagi program imunisasi nasional sekali gus dapat melindungi rakyat
Malaysia dengan lebih cepat tanpa menunggu giliran yang lama.
MATA percaya bagi rakyat Malaysia yang mampu mereka akan memilih hospital swasta untuk program imunisai mereka dan sekali gus Kerajaan Malaysia dapat menjimat kos pembayaran vaksin Covid-19.
Ini dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara terutamanya sektor
pelancongan yang hampir terkubur akibat pandemik Covid-19. Sektor pelancongan
telah menyumbang RM89.4 billion pada tahun 2019 serta menyumbang 15.2%
kepada KDNK.
Bila semua rakyat Malaysia telah di vaksinkan, saya percaya sektor pelancongan akan
kembali aktif dengan kedatangan pelancong luar ke Malaysia serta rakyat Malaysia
boleh melancong ke luar negara. Kita mesti ingat sektor pelancongan adalah sektor
dua hala iaitu inbound dan outbound.
MATA yakin dengan mempercepatkan program imunisasi negara, industri
penerbangan, agensi pelancongan, hotel, restoran, taman tema, syarikat pertukaran
matawang, kedai cenderahati serta sektor bersangkutan dengan pelancongan akan
mendapat menafaat dan kembali beroperasi seperti biasa. MATA juga yakin semua
pemain industri pelancongan akan bersetuju dengan gesaan ini.
MATA juga menggesa Kerajaan Malaysia mengkaji semula rentas negeri bagi
menggalakkan industri pelancongan domestik bernafas kembali.setelah lebih dua bulan
pelancongan domestik ini sepi.
Ahli-ahli kami yang berada di pulau-pulau peranginan seperti di Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Tioman dan pulau-pulau peranginan yang lain, hanya bergantung sepenuhnya melalui pelancong domestik terutamanya dari Lembah Klang, Buat masa ini mereka tidak mempunyai sebarang pendapatan yang dapat membantu mereka dalam mendepani kelansungan hidup.
Dato’ Mohd Khalid Harun
Presiden MATA