Home Akhbar Cina Bekerjasama dengan Pejuang, tetapi tidak sokong Dr. M sebagai PM

Bekerjasama dengan Pejuang, tetapi tidak sokong Dr. M sebagai PM

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menggesa kerajaan menyekat penjualan beberapa kategori barangan luar dalam platform e-dagang untuk membantu dan melindungi usahawan tempatan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) harus bekerjasama dengan Pejuang dalam pilihan raya akan datang, tetapi tidak menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri, kata Setiausaha Antarabangsa DAP, Teo Nie Ching.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kulai berkata, Dr. Mahathir tidak lagi sesuai menjadi calon Perdana Menteri, tetapi kerjasama DAP dengan Pejuang adalah perlu.

“Kami tidak mempunyai modal untuk menolak mana-mana parti politik. Kuasa-kuasa pembangkang harus bekerjasama selagi mempunyai hala tuju dan kerangka yang jelas,” katanya kepada China Press.

Beliau bagaimanapun berkata, Dr. Mahathir yang berumur 96 tahun tidak harus menjadi Perdana Menteri kerana keadaan itu hanya menggambar keadaan negara yang “kasihan” kerana kekurangan bakat baharu.

Apabila ditanya sama ada Dr. Mahathir merupakan seorang diktator, Nie Ching dengan tuntas menafikan keadaan itu.

“Saya tidak melihat Dr. Mahathir bersikap ‘mahakuasa’ atau degil dengan pendapat sendiri, beliau sebenarnya agak sanggup dibawa berbincang.

“Walaupun beliau tidak semestinya menerima pendapat selepas berbincang, tetapi ini biasa dan sama seperti orang lain sahaja,” katanya.

Mengenai kemungkinan PH untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, Nie Ching berkata, peluang kemenangan dipengaruhi pelbagai faktor semasa, termasuk hubungan kerjasama Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

“Optimis atau tidak adalah sukar dihuraikan, saya hanya boleh bercakap kami berdepan cabaran yang sangat besar.

“Yang pastinya, PH perlu bersiap sedia secara dalaman untuk menghadapi pilihan raya,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Saya setuju pendapat itu. Mahadir patut rilex.dah. jangan tambah beban untok negara yang ingin maju dengan genarasi.muda.

Comments are closed.