SHAH ALAM – Tidak perasan lorong motosikal, itu antara alasan paling popular diberikan penunggang motosikal yang menggunakan laluan kereta di Lebuhraya Persekutuan setiap kali operasi dijalankan pihak polis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Selangor, Deputi Superintenden Sahimi Husin menegaskan, alasan tersebut tidak boleh diterima kerana kebanyakan pesalah lalu lintas itu bukan pengguna baharu di lebuh raya itu.