Tidak adil untuk ‘ketepikan’ pemimpin UMNO yang mempunyai kes pendakwaan di mahkamah.
Ahli Majlis Tertinggi parti itu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, sehingga dibuktikan oleh mahkamah bersalah atau tidak, mana-mana pemimpin yang berhadapan dengan tuduhan dan pendakwaan mempunyai hak berada dalam parti dan mempertahankan diri.