Home Dunia Tiada bukti punca kematian daripada vaksin AstraZeneca – Korea Selatan

Tiada bukti punca kematian daripada vaksin AstraZeneca – Korea Selatan

Petugas kesihatan menerima suntikan vaksin AstraZeneca. foto agensi

SEOUL – Korea Selatan menyatakan semalam, tiada kaitan antara vaksin Covid-19 dengan kes kematian baru-baru ini.

Pengarah Agensi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (KDCA), Jeong Eun-kyeong berkata, amat sukar untuk mengesahkan sebarang kaitan antara kesan sampingan yang dialami setelah diberikan suntikan vaksin dengan kematian mereka.

Di samping itu, para pegawai kesihatan juga sudah menjalankan siasatan ke atas kes kematian lapan orang yang mempunyai penyakit dan mengalami kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin AstraZeneca Covid-19.

Bagaimanapun, mereka menyatakan tiada bukti dijumpai yang mengaitkan kematian itu dengan vaksin tersebut.

Korea Selatan mula memberikan vaksin kepada para penduduk dan para pekerja di rumah-rumah jagaan serta individu-individu lain yang berisiko pada hujung Februari lalu.

Sebanyak 316,865 orang sudahpun menerima dos pertama setakat Ahad lalu. -MalaysiaGazette