Home Akhbar Cina Pembaca Sinar pilih UMNO, pembaca Sinchew pilih DAP

Pembaca Sinar pilih UMNO, pembaca Sinchew pilih DAP

Foto hiasan

PETALING JAYA – Kajian pendapat secara bersama oleh Sinar Harian dan Sinchew Daily melibatkan 24,370 orang  mendapati 16.3 peratus pembaca Sinar Harian dan 30 peratus pembaca Sinchew Daily belum membuat keputusan mengenai parti pilihan mereka.

Pengundi atas pagar itu melibatkan 1,863 orang pembaca Sinchew Daily dan 2,913 orang pembaca Sinar Harian.

Keadaan itu sekali gus menunjukkan masih mempunyai sejumlah pengundi yang belum membuat keputusan mengenai pilihan mereka.

Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan pembaca Sinchew Daily dengan memonopoli tiga tempat teratas.

Akhbar itu melaporkan, DAP merupakan parti pilihan utama pembaca, diikuti PKR dan Amanah.

Tempat keempat pula adalah golongan atas pagar yang belum membuat keputusan, manakala tempat kelima adalah milik Warisan.

Dalam pada itu, Pas mendapat sokongan paling rendah dalam kalangan pembaca Sinchew Daily.

Bagi pembaca Sinar Harian pula, UMNO merupakan parti dengan populariti tertinggi manakala tempat kedua adalah mewakili pengundi atas pagar yang belum membuat keputusan.

Dalam kajian melibatkan pembaca Sinar Harian, Pas menduduki tempat ketiga dan diikuti oleh PKR dan Bersatu.

Jika kajian pendapat melibatkan pembaca Sinar Harian dan Sinchew Daily digabungkan,  maka PKR yang mendapat sokongan 14.41 peratus merupakan parti paling popular diikuti DAP (12.06 peratus), UMNO (10.46 peratus) serta Pas dan Amanah (masing-masing 7.58 peratus; 2,538 dan 2,537 sokongan)

Walau bagaimanapun, masih terdapat sejumlah pembaca yang signifikan belum membuat keputusan, jumlah mereka secara keseluruhannya menduduki tempat kedua.

Kajian pendapat bersama melibatkan pembaca akhbar Melayu dan Cina itu juga menunjukkan bahawa Gerakan dan MIC menduduki tangga tercorot iaitu dengan 466 dan 408 sokongan.

Secara keseluruhannya, kajian pendapat itu melibatkan 24,370 orang yang mana 54.02 peratus merupakan pembaca Melayu dan bumiputera, 32.26 peratus Cina, 5.94 peratus India, 7.37 bumiputera Sabah Sarawak dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

Sebanyak 950 orang juga menyatakan mereka belum mendaftar sebagai pengundi.  – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Enhh Bersatu Mujyidin tempat ke berapa? Ker tak masuk list? Atau editor takut nak umumkan? haaa

Comments are closed.