Home Ekonomi Santan perkenal Value Set di 9 cawangan sekitar Lembah Klang

Santan perkenal Value Set di 9 cawangan sekitar Lembah Klang

Santan Value Set dengan harga serendah RM9.90 untuk makan tengah hari dan makan malam akan mula dijual di semua sembilan cawangan di Lembah Klang bermula 30 April ini.

KUALA LUMPUR – Santan Value Set dengan harga serendah RM9.90 untuk makan tengah hari dan makan malam akan mula dijual di semua sembilan cawangan di Lembah Klang bermula 30 April ini.

Hidangan dilengkapi dengan satu menu utama dan satu minuman yang tersedia untuk makan di restoran, di bawa pulang dan penghantaran.

Selain harganya yang murah, para pelanggan yang menjamu selera di restoran juga akan disajikan oleh kru kabin AirAsia di cawangan terpilih pada hujung minggu ini 13 dan 14 Mac depan.

Terdahulu  Value Set telah dilancarkan pada Februari selama tiga tinggi secara eksklusif di Santan Sunway Pyramid.

Kemudian ia diteruskan selepas terbukti berjaya menerima sambutan di luar jangkaan apabila hampir 2,000 hidangan terjual dan menerima lebih 1,200 pesanan.

Santan terus menawarkan nilai hebat kepada para pelanggannya dengan penghantaran percuma Value Set  melalui airasia food sejauh lima kilometer dari mana-mana cawangannya dengan kod promosi MARCHD3ALS dan hanya RM0.99 sen untuk lima hingga 10 kilometer menggunakan kod promosi yang sama.

Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata, tawaran hebat itu berdasarkan permintaan di luar jangkaan daripada pelanggan.

“Kami menyedari para pelanggan membuat pilihan berdasarkan nilai yang ditawarkan dan kami mendengar permintaan mereka. Sebelum ini, pelanggan kami menikmati set Bundle for 2 dan 4, Family Bundle, dan Combo Meals tetapi pelancaran Santan Value Set di semua sembilan cawangan akan menjadi pemangkin perubahan perniagaan kami.

“Kami berharap dengan melancarkan tawaran ini di semua cawangan kami, lebih ramai pelanggan di seluruh Lembah Klang dapat menikmati hidangan lazat kami dengan nilai lebih tinggi.

“Sebagai sebahagian daripada airasia, kami dapat menurunkan harga hidangan kami dengan memanfaatkan ekosistem seluruh kumpulan syarikat seperti airasia food sebagai platform pesanan, Teleport sebagai perkhidmatan penghantaran, Ourfarm sebagai pembekal produk segar dan BIG Rewards sebagai program kesetiaan yang membolehkan pelanggan kami membayar hidangan mereka menggunakan BIG Poin.

“Perkhidmatan secara dalaman ini bukan sahaja membolehkan kami menurunkan harga, malah mengekalkan kualiti tertinggi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Santan bakal membuka cawangan ke-10 di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur pada bulan ini dan 10 lagi cawangan pada suku kedua tahun ini termasuk di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.-MalaysiaGazette