KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) bersetuju memasukkan komuniti ahli farmasi dalam kategori 2, Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kategori 2 ini merujuk kepada anggota petugas barisan hadapan yang terlibat dalam sektor kesihatan, agensi pertahanan, anggota keselamatan dan perkhidmatan penting.
Menurutnya, persetujuan itu dicapai susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia dan Malaysian Community Pharmacy Guild.
Keputuan ini bakal memberi manfaat kepada hampir 4,000 orang komuniti ahli farmasi di negara ini untuk diberikan vaksin dalam fasa pertama. – MalaysiaGazette