KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 lagi kluster baharu dikenalpasti di enam negeri hari ini melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja dan lima kluster berkaitan komuniti.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kluster yang telah tamat adalah 792 kluster termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Budiman, Kluster Jalan Harmonium, Kluster Batu 38 dan Kluster Taman Segar.
Turut tamat adalah Kluster Industri Bentong Sebelas, Kluster Jalan Pengkalan, Kluster Jalan Firma Tiga, Kluster Jalan Canggih, Kluster Tapak Bina Jalan Panah dan Kluster Bintang Daily.
“Jumlah kluster aktif ketika ini sebanyak 440 kluster dan jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 60 kluster.
“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Lintang Bayan Lepas sebanyak 26 kes, Kluster DTI Persiaran Wawasan (26 kes), dan Kluster Teknologi Emas adalah 24 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, perincian kluster-kluster baharu adalah seperti berikut:
1. KLUSTER JALAN TEMPUA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312,037) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Mac lalu hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk pada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tempua 1A, Taman Bestari, Hulu Langat.
Sehingga hari ini, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana tujuh kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN INDUSTRI DUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 2/1, Rawang.
Sehingga hari ini, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN KUNCI AIR
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 301,185) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Mac lalu hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Kunci Air, Simpang 3, Gombak.
Sehingga hari ini, sejumlah 205 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN MAIN BAZAAR
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-304,052) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Mac lalu hasil saringan pra pembedahan.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Jalan Main Bazaar, Kampung Hulu, Sri Aman.
Sehingga hari ini, sejumlah 133 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER SENA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Miri dan Subis di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-293,569) dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Lorong Sena 1A, Lutong, Miri.
Sehingga hari ini, sejumlah 166 individu telah disaring, di mana 61 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER BULOH PASI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-279,775) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Februari lalu hasil saringan pra pekerjaan.
Nama kluster ini diambil sempena lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Sungai Buloh, Bintangor, Meradong.
Sehingga hari ini, sejumlah 267 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER JALAN PELEPAS DUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 9 Mac lalu hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembinaan yang tinggal di Jalan Pelepas 2/3, Tanjung Pelepas, Johor Bahru.
Sehingga hari ini, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER LINTANG BAYAN LEPAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 25 Februari lalu hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lintang Bayan Lepas 6, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya.
Sehingga lalu, sejumlah 687 individu telah disaring, di mana 59 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER JALAN LAKSAMANA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung dan Kuala Kangsar di Perak; daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Kota Belud di Sabah; daerah Bachok di Kelantan; daerah Kuala Nerus di Terengganu; serta daerah Timur Laut di Pulau Pinang.
Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-305,586 dan kes ke- 305,587) dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Mac lalu hasil saringan rentas negeri.
Kes-kes dalam kluster ini mempunyai sejarah menghadiri latihan yang dijalankan dari 22 Februari sehingga 26 Februari lalu di Manjung, Perak.
Sehingga hari ini, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
10. KLUSTER LADANG BUKIT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kemaman di Terengganu.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317,710) dilaporkan positif COVID- 19 pada 10 Mac lalu hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perlombongan yang terletak di Ladang Bukit Tengah, Kerteh, Kemaman.
Sehingga hari ini, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. – MalaysiaGazette