Home Politik Peliknya, kenapa Rais yang bercakap? – Shabery

Peliknya, kenapa Rais yang bercakap? – Shabery

Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Yang di Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dijangka ‘dibalun’ oleh golongan muda selepas mengeluarkan kenyataan bahawa negara masih tidak bersedia untuk membenarkan pendaftaran pengundi seawal usia 18 tahun.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Pemuda UMNO, Bersatu dan DAP sudah pakat balun.

”Rasanya ramai lagi yang akan ikut bila kata undi 18 dah tak praktikal untuk PRU akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook

Secara sinis, beliau menyifatkan kenyataan Rais itu seperti ajak kenduri., apabila ramai-ramai sudah sampai, tetiba diberitahu kenduri tak jadi kerana tuan rumah tak sedia dan ditangguh tahun depan.

Cuma kata Shabery, yang peliknya kenapa Speaker yang bercakap bukan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya atau menteri undang-undang atau perdana menteri.

Baru-baru ini, Rais berkata, terdapat pelbagai kekangan untuk melaksanakan dasar undi-18, walaupun selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Ini kerana, proses untuk mendapatkan senarai bakal pengundi usia 18 tahun turut memakan masa lama.

Pada 16 Julai 2019, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Arif Md. Yusof meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik dan menurunkan umur calon layak bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa pelaksanaan usia layak mengundi baharu dan pendaftaran pengundi automatik dijangka bermula selewat-lewatnya Julai. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Rais bagi pandangan, bukan berikan kata putus mengenai perkara ini. Shabery tak perlu melatah atau nak kutuk Rais, baca dahulu apa yang dicakapkan oleh Rais. Dia cuma memberikan pandangan beliau, dia tidak pun bercakap bagi pihak kerajaan. Inilah jadinya kalau baca separuh separuh terus buat ulasan, yang penting boleh dipetik oleh wartawan.

Comments are closed.