
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengeluarkan perintah bahawa semua golongan dewasa layak untuk menerima vaksin Covid-19.
Serentak dengan itu, kaedah vaksinasi semasa yang memberi keutamaan kepada umur dan berdasarkan keadaaan kesihatan akan dihapuskan pada 1 Mei.
Jumlah lokasi juga akan ditambah dengan memberi kebenaran kepada doktor veterinar dan gigi melaksanakan vaksinasi.
Pengumuman itu dibuat oleh Biden selepas beberapa jam presiden menandatangani bantuan ekonomi bernilai AS$1.9 trilion.
Presiden juga mengumumkan warga Amerika boleh mengadakan pertemuan kecil untuk menyambut Hari Kemerdekaan pada 4 Julai jika mematuhi penjarakan sosial dan menerima vaksin.
Pertemuan itu bagaimanapun dibenarkan diadakan di luar.
Pandemik Covid-19 telah menjangkiti 29 juta penduduk AS dan mengakibatkan lebih 529,000 kematian. – MalaysiaGazette
.