Home Dunia Keluarga Floyd terima pampasan AS$27 juta

Keluarga Floyd terima pampasan AS$27 juta

Bandaraya Minneapolis bersetuju untuk membayar AS$27 juta kepada keluarga George Flyod bagi menyelesaikan kes kematian lelaki kulit hitam itu semasa ditahan polis.

MINNEAPOLIS – Bandaraya Minneapolis bersetuju untuk membayar AS$27 juta kepada keluarga George Flyod bagi menyelesaikan kes kematian lelaki kulit hitam itu semasa ditahan polis.

Flyod, 46, meninggal dunia Mei tahun lalu selepas seorang anggota polis berkulit putih, Derek Chauvin berlutut atas lehernya selama hampir sembilan minit.

Rayuan Floyd sebelum menghembuskan nafas terakhir dirakam oleh pejalan kaki berhampiran dan video itu telah mencetuskan protes terbesar pernah dilihat di Amerika Syarikat (AS).

Menurut peguam keluarga mangsa, Benjamin Crump, perjanjian itu merupakan penyelesaian pra-perbicaraan terbesar dalam sejarah saman akibat menyebabkan kematian di AS.

“Jumlah besar itu menunjukkan kematian seseorang individu kulit hitam di tangan polis bukan lagi perkara kecil, tidak penting atau nyawa mereka tidak bernilai,” katanya semasa sidang media yang turut dihadiri keluar Floyds, Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey dan pegawai-pegawai kanan yang lain.

Menurut kakak mangsa, Bridgett Floyd, mereka lega apabila usaha untuk mendapatkan keadilan untuk George akhirnya berjaya.- MalaysiaGazette