Home Politik Negara jenis apakah yang mahu kita bangunkan ini? – Anwar

Negara jenis apakah yang mahu kita bangunkan ini? – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pernahkah kerajaan ini fikirkan apakah rakyat mampu untuk membayar denda sejumlah RM10,000 sekiranya RM1,000 itu pun mereka tidak mampu?

Itu persoalan dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar denda dari RM1,000 ke RM10,000 kepada mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) terkait Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimana mungkin kita benarkan rakyat Malaysia yang miskin yang sudah pun dibebankan dengan kepayahan yang dahsyat, dikurung di penjara kerana tidak mampu membayar denda?

“Negara jenis apakah yang mahu kita bangunkan ini?
Apakah kerajaan ini bersedia untuk mendengar rintihan rakyat, atau apakah ia akan terus untuk tidak mempedulikannya sambil terus menyalahgunakan Pengisytiharan Darurat? ” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anwar, apa yang berlaku secara tidak langsung menampakkan wujudnya hukuman pilih kasih di mana terdapat segelintir orang-orang besar, ahli politik serta pegawai kerajaan yang secara terang-terangan melanggar SOP PKP tanpa sebarang tindakan lanjut atau denda.

Ini juga bukti nyata kerajaan mengamalkan sikap antara dua darjat dalam menguatkuasakan peraturan tatkala rakyat terus dimangsakan secara berterusan, katanya yang juga Presiden PKR itu.

“Kerajaan harus lebih peka dengan nasib dan kepayahan yang ditanggung rakyat saat ini. Ramai yang telah kehilangan pekerajaan dan hilang punca pendapatan.

“Kadar denda yang tidak munasabah itu menyerlahkan kecenderungan yang autokratik kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak merampas kuasa tahun lalu melalui rencana yang jelek dan hina,” katanya.- MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Caya lah. Hero rakyat dah bersuara. Kalau tahu xdak rm10k, pakat2 donlot mysejahtera pastu scan tiap kali masuk premis. Kuar duit ISinar, beli face mask pastu pakai time keluar supermarket. Jimat pun jimat, selamat pun selamat. Hero rakyat pun xder nak melompat2.

  2. Agreed. Pentadbiran Kerajaan PN ini semakin terserlah keham, kuku besi dan dictator..

  3. Ini sistem mominis lah yang sesuai. Kakitangan kerajaan dikecualikan dari hukuman . Rakyat je yang kena . Sebab itu ramai mp lompat masuk dan sokong kerajaan . Mp pkr dah semakin kurang dah . Apa nuar nak cakap lagi .

  4. Saya setuju dengan dsai… sesungguhnya harga minyak rm1.50 seliter dan bantuan rm30.00 kerajaan ph tetap menjadi sejarah Malaysia yang tidak akan dilupakan selamanya.

  5. Negara jenis apakah yang mahu kita bangunkan ini? – Anwar KENAPA AKU TIDAK LAYAK DAN DILANTIK JADI PM ???? P arti K hianat R eformasi KENA bagi Hujahan

  6. Dulu “hero rakyat” ini ajak rakyat berdemonstrasi dijalanan bila dia gagal jadi PM, sekarang dia pertikaikan undang undang. Bukan awak tak tahu penularan penyakit ini pada peringkat mana. Bila kerajaan meminta dan merayu rakyat jangan keluar sebarangan dan kena ikut SOP, ramai yang ingar kerana adanya hero rakyat seperti kamu. Ini bukan untuk menyusahkan rakyat, tetapi sebagai amaran supaya rakyat patuhi undang undang dan SOP. Bukan semuanya yang kerajaan buat itu betul, dan bukan semuanya salah. Tetapi kamu melihat dengan “mata buta” kamu sebab itu kamu menghasut rakyat mengatakan semuanya yang kerajaan buat salah. Kalau tak buat salah, kenapa takut dengan denda?

Comments are closed.