RIYADH – Raja Salman bin Abdulaziz memecat Menteri Haji dan Umrah, Mohamed Saleh Benten.
Jawatan itu kini dipangku Menteri Negara, Issam Saad.
Perkara itu diumumkan melalui pekeliling kerajaan seperti yang dilapor Agensi Berita Saudi.
Bagaimanapun, tiada penjelasan mengapa Mohamed Saleh dipecat daripada tugasnya.
Mohamed Saleh dilantik menjawat jawatan Menteri Haji dan Umrah sejak tahun 2016 lalu.- MalaysiaGazette