Home Politik Konvensyen DAP Perak sedikit kecoh, konon wujud pengundi hantu dan penipuan

Konvensyen DAP Perak sedikit kecoh, konon wujud pengundi hantu dan penipuan

DAP hari ini mengumumkan lima lagi calon yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.- Gambar hiasan.

IPOH – Sedikit kekecohan berlaku sewaktu Konvesyen DAP Perak ke-19 hari ini, apabila didakwa wujudnya pengundi hantu yang akan memilih ahli ke Jawatankuasa Negeri dan isu tempoh pengundian yang tiba-tiba dilanjutkan.

Kekecohan itu berlaku sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selesai berucap merasmikan Konvensyen DAP Perak ke-19 hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan ahli DAP seluruh negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh.

Menurut seorang perwakilan yang juga Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong, kekecohan itu disebabkan proses pendaftaran pemilih yang sepatutnya tamat pada jam 10 pagi, tetapi tiba-tiba disambung sehingga 12 tengah hari.

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku, dan ruang harus diberikan kepada semua pemilih sekali gus pemilihan boleh dijalankan secara adil dan bukannya memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

“Sepatutnya buka pendaftaran pemilih kepada semua bukan kepada ahli-ahli tertentu. Kita pun boleh panggil ahli kita,” katanya kepada pemberita ketika konvensyen tersebut.

Senada dengannya, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar Terence Naidu, yang turut di dalam dewan itu juga mendapati, aduan tersebut timbul ekoran tindakan pihak pengurusan pemilihan yang masih mendaftarkan pengundi-pengundi atau perwakilan, selepas 10 pagi dan masih berterusan sehingga 11.30 pagi.

Seorang lagi perwakilan yang enggan dikenali berkata, pengundi hantu dikesan kerana mereka tidak mempunyai tag nama yang ditetapkan, dan maklumat peribadi mereka ditulis menggunakan pen dan bukannya seperti dicetak mengikut perwakilan lain.

Ketika berita ini ditulis, media masih lagi mengejar Guan Eng, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, mahupun timbalannya Aziz Bari, bagi mendapatkan komen lanjut.

Menurut buku konvensyen yang diedarkan kepada media, antara urusan rasmi pada hari ini adalah memilih 15 ahli ke Jawatankuasa Negeri, pembentangan dan penerimaan Akaun Penyata Kewangan, selain penerimaan usul-usul atau pengistiharan dikemukakan Jawatankuasa Negeri. – Bernama