Home Nasional Tak pakai mask semasa makan kena saman RM10,000? – Najib

Tak pakai mask semasa makan kena saman RM10,000? – Najib

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa perlu menjelaskan beberapa dakwaan berhubung kompaun sebanyak RM10,000 yang dikenakan kepada beberapa individu.

”Tak pakai mask semasa makan, denda RM10k? Tak pakai mask semasa minum, denda RM10k? Tak pakai mask semasa hisap rokok, denda RM10k?,” soal Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata, nama individu yang membuat tuduhan-tuduhan tersebut jelas tertera pada akaun media sosial masing-masing.

Oleh itu, pihak berkuasa boleh berhubung dengan mereka untuk mendapat keterangan lebih lanjut.

”Sangkal mereka jika dakwaan tak sahih. Perbetulkan jika dakwaan sahih,” ujarnya yang turut memuat naik pemilik akaun Facebook individu yang membuat dakwaan itu.

Menerusi akaun Facebook Zachary Yeoh, beliau berkata, dia disaman RM10,000 kerana makan dan rakannya Samantha Loh juga disaman kerana minum.

Warga maya ini berkata, dia memakai pelitup muka ketika selesai membuat pesanan pada jam 11.14 pagi.

Pada jam 11.16 pagi minuman yang dipesan tiba dan dia membuka pelitup muka.

Menurutnya, sekumpulan penguatkuasa masuk ke premis pada jam 11.38 ketika itu makanan dan minuman masih di atas meja.

Pegawai penguatkuasa meminta kad pengenalannya dan mengeluarkan saman tanpa membenarkan dia membuat penjelasan.

Yeoh menyifatkan tindakan penguatkuasa itu sebagai tidak sah, tidak masuk akal dan merupakan rompakan pada siang hari.

Sementara itu, seorang aktivis, Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang memberitahu dia telah dihubungi oleh seorang ibu tua selepas anaknya yang menjadi pembantu tukang masak disaman RM10,000 di Ipoh.

Menurut ibu tersebut, anak beliau keluar dari belakang restoran dan lepak di lorong belakang untuk hisap rokok dan ketika itu dia disaman.

”Ibunya seorang tua menangis kerana anak beliau kata tak boleh hantar duit pulang kepada ibu di KL untuk beberapa bulan kerana terpaksa berhutang dengan restoran untuk bayar saman dan gaji akan di potong,” kata Uncle Kentang sambil memberitahu beliau akan berjumpa dengan Kementerian Kesihatan untuk membuat rayuan.

Ini kerana, tindakan saman itu menyebabkan anak kepada ibu tersebut tidak mampu membayar ubat kencing manis dan darah tingginya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Haaaa..camner ni Boosku. Polis siasat tgk kompaun pembantu kedai tu tak wujud pun. Call hpon dia pun tak dapat. Sia sia ja bossku melompat, last last nanti polis call nak siasat.sebar la lagi benda tak pasti. Dari nk jd hero, rm100k silap silap dlm akaun jd zero sbb boleh didenda mahkamah klu sebar benda tak betul.

Comments are closed.