Home Dunia Letupan bom di Kabul, tiga orang terbunuh

Letupan bom di Kabul, tiga orang terbunuh

Anggota pasukan keselamatan Afghanistan memeriksa lokasi letupan bom di Kabul, ibu negara Afghanistan, semalam. foto agensi

KABUL – Sekurang-kurangnya tiga orang awam terbunuh dan 12 yang lain tercedera dalam dua letupan berasingan di ibu negara Afghanistan semalam.

Jurucakap polis, Ferdaus Faramarz  berkata,  satu letupan telah berlaku ketika alat letupan improvisasi terkena bas mini di Daerah Polis (PD) 3.

“Manakala, letupan lain yang serupa berlaku di PD 6 yang berdekatan iaitu di bahagian barat bandar,” katanya seperti laporan  agensi.

Sehubungan itu, angka kematian mungkin meningkat kerana terdapat  beberapa lagi mangsa cedera dan keadaan mereka kritikal.

Bagaimanapun, setakat ini tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut. – MalaysiaGazette