Home Politik Pelacur politik, mana salahnya kenyataan Ku Li? – Kamarul Bahrin

Pelacur politik, mana salahnya kenyataan Ku Li? – Kamarul Bahrin

Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad

KUALA LUMPUR – Tengku Razaleigh tentu ada sebab dan alasan kukuh apabila melabel Pas sebagai ‘pelacur politik.

Ini kerana, Ahli Parlimen Gua Musang yang dikenali sebagai Ku Li itu pernah mempunyai sejarah bekerjasama dengan Pas semasa menerajui Semangat 46 dan pastinya sangat mengenali perangai parti itu dari dahulu sehingga sekarang.

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN), Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang menyingkap sejarah lama berkata, kerjasama antara Semangat 46 dan Pas mempunyai sejarah tersendiri yang pastinya Ku Li mampu memberi gambaran lebih arif tentang Pas.

Sikap sebahagian pimpinan Pas hari ini iaitu terdiri dari mereka yang dahulunya tidak mengakui kerjasama sulit dengan UMNO kepada Datuk Nik Aziz serta ahli ahli biasa Pas hari ini telah jelas terbongkar.

Pimpinan yang terlibat ini terlalu rakus mengejar kuasa dan kedudukan kerajaan kerana semasa UMNO di kemuncak kuasa dahulu, mereka sanggup berunding tanpa izin dan pengetahuan Nik Aziz dan ahli ahli biasa.

Tindakan ini menyebabkan Mursyidul Am Pas itu begitu marah hingga Timbalan Presiden Pas pada masa itu, Nasharuddin Mat Isa yang dipercayai sebagai dalang utama usaha tersebut telah tewas di muktamar kepada Mohamad Sabu.

Katanya, semasa seluruh Malaysia dan dunia mengkritik Datuk Seri Najib Razak kerana skandal mega global 1MDB, Pas pula mempertahankan bekas perdana menteri itu lebih dari sesetengah ahli UMNO sendiri.

Demi berdamping dengan mereka yang berkuasa Pas sanggup berbuat demikian, dakwa Kamarul lagi.

Apabila Pakatan Harapan (PH) berkuasa, pimpinan Pas berkali kali menghadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapat royalti secara terus dan setelah dapat dikhianati pula tanpa segan silu.

”Pas telah berkomplot dengan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta pengkhianat dalam PH untuk menumbangkan PH untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru di mana Pas bermain politik dua kolam PN dengan Bersatu serta MN dengan UMNO.

”Apabila timbul masalah di antara UMNO dan Bersatu pula, Pas sekali lagi memilih untuk bersama yang berkuasa iaitu parti Perdana Menteri – Bersatu,” katanya.

Lantaran itu, katanya, kenyataan Ku Li yang menggunakan istilah “pelacur politik” yang bermaksud menjual diri dengan harga yang murah tanpa prinsip perjuangan adalah tepat dan konsisten dengan perbuatan Pas.

Dakwa beliau lagi, Pas amat konsisten “menjual dirinya” demi kuasa semata mata tanpa memikirkan prinsip perjuangan.

”Kuasa telah diperoleh tetapi undang-undang serta nilai Islam diabaikan demi kuasa diperingkat pusat. Bukan sahaja konsep kerajaan Melayu Islam digadai tetapi menjual “harga diri” Pas dengan murah sebagai sebuah parti Islam amat mendukacitakan dan memalukan,” ujarnya yang merujuk judi cabutan Magnum, operasi pusat judi, kasino dan kilang arak di bawah PN.

Soalnya, mana perginya Rang Undang-Undang 355 yang dicanang di Padang Merbok.

Oleh yang demikian, soal Kamarul di mana salahnya kenyataan Ku Li berhubung sikap Pas yang menjual “harga diri dengan murah”.

Katanya, Pas hanya boleh menyatakan mereka akan menghantar surat bantahan kepada Ku Li dan tidak lebih dari itu memandangkan kenyataan veteran UMNO itu tepat dan mempunyai banyak hujah yang benar. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Pelacur atau berbaiah cerai talak tiga, mana lebih bahaya? Kedua2nya mengundang bala kepada rakyat dan negara. Rasanya baru semalam saje ribut melanda Sepang? Kalau dia tuhan hilang entah kemana?

Comments are closed.