IPOH – Terengganu FC (TFC) terus cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dengan menundukkan Perak FC di Stadium Perak di sini malam tadi.
Pemain sayap berpengalaman, Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi wira apabila di membuktikan penyudahnya masih berbisa apabila meletakkan skuad kendalian Nafuzi Zain di depan pada minit ke-23 dengan menyudahkan tandukan Jordan Mintah.
Babak pertama menyaksikan pelawat mendominasi permainan yang menyebabkan penjaga gawang, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy terpaksa menyelamatkan beberapa percubaan bahaya.
Pemain Perak FC kendalian Chong Yee Fatt lebih banyak bertahan bagi menyerap asakan pemain Penyu menerusi penyerang mereka yang diketuai Carlos Alberto Martinez De Murga.
Menghampiri minit akhir perlawanan, tiga minit masa tambahan babak kedua yang diberikan pengadil dimanfaatkan TFC.
Jaringan kedua berjaya dihasilkan menerusi Dechi Marcel N’Guessan untuk mengesahkan keputusan muktamad 2-0. – MalaysiaGazette