Home Politik Zahida sindir DAP langgar SOP

Zahida sindir DAP langgar SOP

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan secara sinis menegur perhimpunan DAP Perak semalam yang didakwa tidak patuh Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menerusi hantaran di Facebook, sayap pergerakannya tidak seperti DAP di negeri itu yang boleh menjadi penyumbang ekonomi sekiranya setiap seorang yang menghadirinya perhimpunan berkenaan didenda RM10,000.

Katanya, pada 26 Mac ini, Persidangan Pergerakan Puteri UMNO akan bermula sebelum diikuti Perhimpunan Agung UMNO pada keesokan harinya.

“Hanya sekitar 50 orang sahaja berada dalam dewan. Ratusan perwakilan lain akan mengikutnya secara maya melalui teknologi zoom.

“Maaflah kami tak boleh menjadi seperti DAP Perak sebagai penyumbang ekonomi negara sekiranya didenda 10, 000 seorang.

“Itu pun kalau kerajaan berani ambil tindakanlah,” sindirnya dalam Facebooknya hari ini.

Zahida  turut memberitahu kerajaan pada 11 Mac lepas telah mengenakan peraturan baharu apabila menguatkuasa denda sebanyak RM10,000 bagi individu yang didapati melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, Zahida mendakwa, DAP dengan berani telah melanggar arahan itu.

Beliau turut memuat naik gambar yang menunjukkan perhimpunan parti pembangkang itu berserta penjelasan mengenai gambar yang ditunjukkan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. ismail sabri….kkm pdrm mkn …dan agensi berkaitan jangan tutup mata dan membisu dalam ISU ini..PERWAKILAN kebanyakan TOKEH2 BESAR DAN KAYA….rakyat marhen MUDAH pula disaman dan kompaun rm 1000 @ rm 10000….PDRM sudah SAHKAN berlaku pergaduhan di situ.

  2. 109 individu di pusat hiburan dikompaun berjumlah RM1.13 juta DI JOHOR…..Bagaimana dengan perwakilan DAPIGS seramai 1500 ORANG X RM10000 TIADA APA2 TINDAKAN????Kehadiran mereka tercatat mudah utk ambil tindakan keras tiada ALASAN lagi utk disiasat.

Comments are closed.