Home Utama Kerjasama dengan UMNO: Hanya perbincangan, belum formal – Anwar Ibrahim

Kerjasama dengan UMNO: Hanya perbincangan, belum formal – Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO hanya pada peringkat perbincangan.

Jelas beliau, ia masih belum dibuat secara formal.

“Saya sebut perbincangan, ia belum formal.

“Ada kemungkinan kerjasama, saya tak menolak kemungkinan tapi ini ada terlalu awal untuk saya tentukan,” katanya pada  sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, cadangan untuk melakukan kerjasama dengan UMNO turut disokong beberapa Ahli Parlimen parti itu.

Malah katanya, kerjasama itu boleh dicapai sekiranya UMNO bertindak keluar daripada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Ada Ahli Parlimen UMNO yang sokong. Sebagai parti tiada keputusan selain UMNO ambil keputusan keluar dari Bersatu, perbincangan dengan UMNO berterusan,” katanya.

Ditanya mengenai intipati perbincangan antara beliau dengan pemimpin UMNO, Anwar berkata, masih terlalu awal untuk beliau memperinci mengenai perbincangan tersebut.

“Terlalu awal (untuk saya terangkan), ada isu kukuh seperti DEB (Dasar Ekonomi Baharu), pemerintahan yang baik. Ini pandangan-pandangan yang penting.

“Bagi saya satu permulaan sangat positif. Dalam negara kita politik penuh kezaliman. Tak setuju, tangkap, dera, masuk penjara, pukul,” katanya.

Ketua Pembangkang itu dalam temu bual bersama Mingguan Malaysia berkata, perbincangan awal itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.