KUALA LUMPUR – Meskipun kerajaan telah menguar-uarkan proses pendaftaran untuk penerima vaksin Covid-19 boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera namun masih ramai yang belum berbuat demikian.
Rata-ratanya yang masih belum mendaftar ialah mereka dalam kalangan warga emas kerana tidak tahu cara mendaftar seperti Yah Abdullah.