Home Nasional Polis Pahang tingkat pemantauan SOP pelancongan

Polis Pahang tingkat pemantauan SOP pelancongan

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan (tengah) melihat kenderaan yang diterima pada Majlis Penyerahan Kenderaan Pasukan di Dataran Kawad Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia Kuantan.-pix BERNAMA

KUANTAN – Susulan aktiviti sektor pelancongan di Pahang dibenarkan beroperasi semula, polis Pahang akan mengambilkira kaedah rentas daerah dan penggunaan kenderaan pelancongan bagi memastikannya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Namun pihaknya kini masih menunggu senarai lengkap SOP berkaitan daripada Jabatan Pelancongan Negeri Pahang dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, antara lokasi yang dijangka menjadi tarikan yang akan dikunjungi orang pelancong, seperti Bandaraya Kuantan, Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Fraser dan Taman Negara.

“Kita masih tunggu SOP lengkap dan dalam masa sama pihak polis sudah meningkatkan pemantauan di kawasan tumpuan pelancongan di Pahang,” ujarnya selepas Majlis Penyerahan 40 buah Kenderaan Pasukan Kontinjen Pahang di Dataran Kawad Alor Akar hari ini.

Sementara itu, menurutnya, penggunaan kenderaan persendirian masih dilarang dan hanya kenderaan pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dibenarkan digunakan untuk tjujuan pelancongan.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran merentas negeri hanya untuk aktiviti pelancongan domestik yang melibatkan negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

Sementara itu, Abd Jalil berkata, operasi sekatan jalan raya 24 jam sehari dijalankan di 12 lokasi melibatkan di sempadan negeri antaranya di Rompin, Bera, Bentong dan Kuantan.

“Seramai 243 anggota dan pasukan sahabat termasuk dari ATM dan RELA membantu melaksanakan kerja kawalan pergerakan Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan negeri,” ujarnya. – MalaysiaGazette.